Rabu, 20 Februari 2019

6 Tanda Penyakit Tiroid Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sering Rasa Penat Dan Tidak Selesa Penyakit tiroid akan menjejaskan emosi dan tenaga anda. Masalah Hypothroidism akan membuatkan anda mudah berasa letih dan lemah. Selain itu anda akan mengalami masalah sukar tidur dan sering berasa tidak selesa.


Perubahan Kadar Denyutan Jantung – Penyakit tiroid bukan sahaja menjejaskan fungsi hampir setiap organ dalaman tetapi ia juga menyebakan kadar denyutan jantung berubah, iaitu degupan yang kurang atau lebih cepat dari biasa.

Penambahan Atau Penurunan Berat Badan Secara Drastik – Simptom penyakit tiroid juga boleh dikenalpasti berdasarkan perubahan berat badan yang kebiasaannya berlaku secara drastik. Tahap hormon yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan berat badan naik atau turun dengan cepat dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Kulit Kering Dan Kuku Rapuh – Satu lagi gejala penyakit tiroid boleh dilihat melalui keadaan kulit. Kulit yang gatal dan kering serta kuku yang mudah rapuh mungkin memberi petanda kepada penyakit tiroid.

Masalah Suhu Badan – Penyakit tiroid juga boleh menyebabkan suhu badan menjadi tidak terkawal. Anda mungkin akan berasa sejuk sampai tahap menggigil ataupun berpeluh berlebihan.

Bengkak Leher – Tanda penyakit tiroid yang paling mudah diketahui adalah pada bahagian leher. Leher akan membengkak iaitu pembesaran di kawasan kelenjar tiroid.

Inilah 6 Tanda Penyakit Tiroid Yang Mungkin Anda Tidak Tahu tetapi perlu diberi perhatian. Jika anda mempunyai tanda-tanya yang tersenarai di atas ini, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan awal. Tahap kesihatan perlu sentiasa diberi keutamaan agar rutin sehari tidak terjejas dan masalah kesihatan tidak menjadi lebih serius.


0 ulasan:

Catat Ulasan