Selasa, 9 Julai 2019

5 Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Pesakit Tiroid


Ada beberapa makanan yang perlu dielak oleh pesakit tiroid agar dapat menjamin kesihatan yang lebih baik. 
Bagaimana anda mengenalpasti menu tersebut? 
Kenapa sesuatu hidangan itu harus dijauhi dari pesakit tiroid?
Berikut dijelaskan kenapa setiap satu alasan mengapa makanan tersebut perlu dielak oleh pesakit tiroid agar anda faham tidakbalasnya kepada tubuh mereka yang mempunyai masalah hormon tiroid. Jika boleh, pantanglah dari semua menu dan jenis makanan ini agar tidak memburukkan lagi tahap kesihatan anda.
1. Minuman Berkafien

Bagi seseorang yang ada masalah tiroid,  kafien adalah perkara yang harus dielakkan. Kafien mengganggu kadar penyerapan ubat ubatan tiroid dan juga pernyerapan kalsium ke tulang. Penyerapan hormon tiroid dalam sistem darah juga akan terganggu.


Kafien bukan minuman yang sesuai untuk penghidap tiroid malahan menjadikan komplikasi tiroid semakin parah.


2. Soya dan makanan berasaskan soya


Sesetengah pendapat mengatakan antara makanan perlu dielakkan pesakit tiroid ialah soya dan semua makanan berasaskan soya. Terutama kepada mereka yang mempunyai masalah Hipotiroid.


Walau bagaimanapun sesetengah pendapat pula menyatakan soya adalah sumber protien dari tumbuh tumbuhan yang bagus dikonsumi bagi pesakit hipertiroid, soya dikatakan bagus utk merendahkan tahap hormon tiroid dan mengurangkan rembesan hormon tiroid disebabkan estrogen didalam soya.


Jadi, bagi Hipotiroid ia harus dielakkan, sementara untuk hipertiroid ia adalah digalakkan. Protien soya mengandungi asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Tapi pastikan soya yang diambil ialah Non-GMO.


3. Gluten


Gluten adalah sejenis protien yang boleh ditemui didalam makanan harian. a biasa ditemui didalam makanan seperti nasi, gandum dan barli. Kajian menunjukkan gluten mampu menyebabkan masalah autoimun jika diambil berlebihan oleh penghidap hipotiroid.


Alasan itulah kajian menunjukkan ramai pesakit hipotiroid yang merupakan masalah tiroid paling banyak mereka juga menghidap masalah autoimun.


4. Makanan Tinggi Gula dan karbohidrat


Gula adalah musuh utama pada tubuh manusia dan antara makanan perlu dielakkan penghidap tiroid.


Kehadiran terlalu banyak gula dalam tubuh penghidap hipotiroid menyebabkan kegagalan untuk menukarkan gula menjadi tenaga.  Perkara ini berlaku disebabkan metabolisma yang sangat rendah pada penghidap hipotiroid seterusnya menyebabkan pertambahan berat badan.


Hipotiroid juga menjadi punca kepada diabetes apabila tubuh gagal menukarkan gula atau kalori.


5. Makanan diproses segera


Makanan yang diproses adalah salah satu makanan perlu dielak penghidap tiroid kerana makanan diproses ini mengandungi banyak bahan kimia seperti pengawet, pewarna, perasa dan juga sangat tinggi kandungan garam atau sodium.


Bagi mereka yang mengalami masalah tiroid, sodium tidak dapat diproses dengan sempurna dan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Contoh makanan yang diproses ialah seperti daging burger, hotdog, nugget, dan seumpamanya.


Itulah tadi 5 jenis hidangan makanan yang perlu dielakkan untuk mengurangkan simptom simptom hipotiroid dan hipertiroid. Jangan lupa, supplemen shaklee juga adalah makan yang bernutrisi tinggi dan seharusnya anda amalkan. Ia sangat berkesan dan semulajadi bagi membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik.





0 ulasan:

Catat Ulasan