Isnin, 6 April 2020

Atasi Kegemukan Dengan Pemakanan Seimbang

By 10:19 PTG , No comments
Apakah obesiti tidak dianggap sebagai masalah, sehingga jumlah rakyat Malaysia yang obes meningkat dari setahun ke setahun?

Jika obesiti sesuatu yang ditakuti, masakan rakyat Malaysia yang obes terus bertambah? Hakikatnya, golongan obes bukan sahaja berisiko tinggi menghadapi masalah kesihatan malah gangguan emosi, moral dan sosial.

Berkongsi pengalaman ketika mempunyai berat badan 145kg, Ahmad Farhan Ab Karim, 30, berkata akibat masalah kegemukan, beliau pernah menjadi bahan gurauan, diejek dan dihina oleh masyarakat menyebabkannya hilang keyakinan diri.

Ada yang memanggil saya tong drum dan gemuk bodoh. Berat badan saya bertambah sejak di sekolah menengah.

Setelah bertahun-tahun begitu, saya sedar kesan kegemukan terhadap kesihatan selain mahu meningkatkan keyakinan diri. Lalu saya nekad untuk kurus.

Memang, bukan senang nak kurus,” katanya yang kini berjaya mengurangkan berat badan kepada 83kg dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan seimbang sejak 2010.

Mengakui tidak mudah untuk mengurangkan berat badan, suri rumah, Norlela Kamarudin, 30, memberitahu bahawa kegemukan yang dialaminya selepas melahirkan anak amat mengecewakan beliau.

Sangat tertekan dengan keadaan terutamanya apabila menghadapi kesukaran melakukan kerja harian dan bermasalah mendapatkan saiz pakaian yang sesuai, Norlela berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Saya juga risau jika timbul masalah kesihatan. Bayangkanlah, berat badan saya naik dari 60kg kepada 86kg sedangkan tinggi saya hanya 152cm.






Baca Lagi...