Isnin, 6 April 2020

Atasi Kegemukan Dengan Pemakanan Seimbang

By 10:19 PTG , No comments
Apakah obesiti tidak dianggap sebagai masalah, sehingga jumlah rakyat Malaysia yang obes meningkat dari setahun ke setahun?

Jika obesiti sesuatu yang ditakuti, masakan rakyat Malaysia yang obes terus bertambah? Hakikatnya, golongan obes bukan sahaja berisiko tinggi menghadapi masalah kesihatan malah gangguan emosi, moral dan sosial.

Berkongsi pengalaman ketika mempunyai berat badan 145kg, Ahmad Farhan Ab Karim, 30, berkata akibat masalah kegemukan, beliau pernah menjadi bahan gurauan, diejek dan dihina oleh masyarakat menyebabkannya hilang keyakinan diri.

Ada yang memanggil saya tong drum dan gemuk bodoh. Berat badan saya bertambah sejak di sekolah menengah.

Setelah bertahun-tahun begitu, saya sedar kesan kegemukan terhadap kesihatan selain mahu meningkatkan keyakinan diri. Lalu saya nekad untuk kurus.

Memang, bukan senang nak kurus,” katanya yang kini berjaya mengurangkan berat badan kepada 83kg dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan seimbang sejak 2010.

Mengakui tidak mudah untuk mengurangkan berat badan, suri rumah, Norlela Kamarudin, 30, memberitahu bahawa kegemukan yang dialaminya selepas melahirkan anak amat mengecewakan beliau.

Sangat tertekan dengan keadaan terutamanya apabila menghadapi kesukaran melakukan kerja harian dan bermasalah mendapatkan saiz pakaian yang sesuai, Norlela berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Saya juga risau jika timbul masalah kesihatan. Bayangkanlah, berat badan saya naik dari 60kg kepada 86kg sedangkan tinggi saya hanya 152cm.






Baca Lagi...

Ahad, 19 Januari 2020

Apakah Penyakit Hipertiroidisma?

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar usia 20 hingga 40 tahun.
Penyakit Grave ialah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar tiroid. Kebiasaannya ia kelihatan pada bahagian mata penghidapnya.
“Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid dan disebabkan itu pengawasan doktor amatlah penting.
“Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutama apabila individu itu mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan penghidapnya demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma,” ujarnya.
Tambah Dr Siti Aisyah, rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid dan ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.
“Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.
“Sekiranya individu itu mendapati ada bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia kanser ataupun masalah nodular biasa,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan ultrabunyi dan juga biopsi atau penggunaan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan pesakit ketika sesi rawatan kesihatan susulan.


Baca Lagi...

Jumaat, 17 Januari 2020

Apakah Tanda Hipotiroid?

Kebanyakan orang akan mengalami gejala hipotiroid secara beransur-ansur untuk jangka masa panjang. Anda perlu menjalani ujian darah untuk menentukan tahap hormon tiroid dan rawatan bagi keseriusan gejala hipotiroid.

Tanda-tanda dan gejala hipotiroid berbeza antara individu berdasarkan tahap tiroid dalam badan. Antara gejala hipotiroid adalah termasuk:

  • Keletihan
  • Kemurungan
  • Sembelit
  • Berasa sejuk
  • Kulit kering
  • Peningkatan berat badan tanpa sebab yang jelas
  • Kelemahan otot
  • Kurang berpeluh
  • Denyutan jantung yang perlahan
  • Tahap kolesterol darah tinggi
  • Sakit sendi
  • Rambut yang kering, kasar dan menipis
  • Keguguran rambut
  • Memori terjejas
  • Masalah fertiliti atau perubahan haid
  • Kekejangan atau kesakitan otot
  • Muka bengkak
  • Mengantuk yang berlebihan
  • Kurang tumpuan
  • Kaki bengkak

Sekiranya gejala yang anda alami menjadi semakin teruk atau tidak terkawal, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera dan menjalani ujian darah untuk menentukan tahap hormon tiroid dalam badan.



Baca Lagi...