Ahad, 19 Januari 2020

Apakah Penyakit Hipertiroidisma?

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar usia 20 hingga 40 tahun.
Penyakit Grave ialah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar tiroid. Kebiasaannya ia kelihatan pada bahagian mata penghidapnya.
“Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid dan disebabkan itu pengawasan doktor amatlah penting.
“Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutama apabila individu itu mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan penghidapnya demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma,” ujarnya.
Tambah Dr Siti Aisyah, rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid dan ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.
“Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.
“Sekiranya individu itu mendapati ada bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia kanser ataupun masalah nodular biasa,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan ultrabunyi dan juga biopsi atau penggunaan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan pesakit ketika sesi rawatan kesihatan susulan.


1 ulasan:

  1. Apakah Penyakit Hipertiroidisma? ~ Tiroid Dan Anda >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Apakah Penyakit Hipertiroidisma? ~ Tiroid Dan Anda >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Apakah Penyakit Hipertiroidisma? ~ Tiroid Dan Anda >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam